Thursday, June 12, 2014

Islamic Quotes

Here's some deep meaningful quotes...


  • Whatever good things you do, some people will always have something negative to say... Be yourself no matter what they say.

  • Forgive your Muslim brothers and sisters. You may feel they don't deserve it, but you surely need the mercy of Allah.

  • Indeed, Islam makes you beautiful.

  • Life is only truly meaningful when your priority becomes seeking the Pleasure of Allah.

  • Talk to Allah, He's waiting to hear from you. Cry to Allah, He's waiting to remove your tears. Pray to Allah, He is waiting to answer you.

  • Pray, forgive yourself, appreciate others, do things you enjoy, and remind yourself that you are a Muslim.

  • Allah will never expose you to trials you cannot stand, but sometimes you don't know you can put up that much!

  • When happy - praise Allah Difficult moments - seek Allah Quiet moments - worship Allah Painful moments - trust Allah All times - thank Allah

  • If Allah can bring an end to this world, He can surely bring an end to your problems. There is absolutely nothing He can't fix. Have faith.

  • No matter what people say or think about you, always remember the only one you need to please is Allah. And, He really isn't hard to please.

Thursday, March 6, 2014

CONTOH LAPORAN SESI KAUNSELING


KLIEN PERTAMA
TARIKH                       
20 Januari 2014

NAMA SAMARAN     
Maryam

LATAR BELAKANG KLIEN
Lahir pada 6 Februari 1995 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Klien bersekolah rendah di sebuah sekolah di Klang, Safiyya Private School, seterusnya bersekolah menengah di Wadi Yusuff’s High School, Klang sehingga PMR dan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Sains Tapah dan mengambil aliran Sains Tulin. Taraf sosial keluarga yang dianggap berada dan mewah, membolehkan klien berkeupayaan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik yang bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Maryam banyak terlibat dalam kegiatan ko-kurikulum termasuklah kelab Silat Gayung yang memerlukan disiplin yang tinggi serta ketangkasan individu. Dia mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Klien merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Ayahnya memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat yang bertempat di Subang Jaya, Selangor. Ibunya pula ialah seorang doktor pakar kulit dan telah membuka sebuah klinik pakar kulit di sekitar Klang.

PEMERHATIAN
Klien ialah seorang pelajar yang kemas dalam berpakaian, rupa paras yang menarik, mempunyai ciri-ciri pemimpin dan boleh dikatakan berketrampilan. Boleh dipercayai apabila diberikan tanggungjawab yang diamanahkan. Tetapi dia suka menyendiri dan selalu menangis seorang diri tanpa sesiapa pun tahu apa punca beliau menangis. Dia kelihatan selalu berjalan ke kelas seorang diri dan jarang berjalan atau keluar beriadah bersama kawan-kawan yang lain.  Kehidupannya di kolej kelihatan suram dan tidak ramai yang ingin berkawan dengannya kerana mereka menganggap dirinya sombong.

PERNYATAAN MASALAH
Mengikut pemerhatian, Maryam didapati selalu mengasingkan diri daripada kawan-kawan yang lain dan kerap menangis. Sebenarnya apakah masalah yang dihadapi oleh Maryam yang sehingga dia jarang bergaul dengan orang ramai dan sentiasa berdiam diri? Adakah masalah tersebut berpunca daripada keluarganya atau daripada sikapnya sendiri?

MASALAH SEBENAR YANG DIKENAL PASTI
Sebenarnya Maryam dikenal pasti mempunyai masalah dengan keluarganya terutama ibu dan bapanya. Dia kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya sehingga dia merasakan dirinya tidak berguna. Dia kebanyakannya menghabiskan masa bersama orang gajinya sahaja. Ibu bapanya tidak membenarkan Maryam untuk bergaul dengan kawan-kawan yang lain kerana takut terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat dan tidak bermoral. Oleh hal yang demikian, Maryam hanya terperuk di rumah sahaja dan hanya bersosial di media massa dan laman siber seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tmblr. Kongkongan oleh ibu bapanya membuatkan Maryam berasa kekok apabila dia keluar dari rumah berjumpa dengan orang ramai. Tambahan lagi, ibu bapanya selalu sahaja sibuk dengan kerja masing-masing dan jarang sekali berada di rumah. Situasi tersebut menyebabkan Maryam seperti menghadapi tekanan emosi kerana dia tidak boleh untuk meluangkan masa dan menceritakan masalah dengan ibu bapanya. Dia juga kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya dan menyebabkan dia berasa sangat sunyi. Akibatnya, dia sentiasa kelihatan murung dan kerap kali menangis kerana dia jarang sekali berjaya untuk menghubungi ibu bapanya untuk bertanya khabar dan berkongsi masalah disebabkan oleh kesibukan mereka.



 PELAN TINDAKAN YANG DIAMBIL UNTUK MEMBANTU KLIEN
·         Menasihatinya agar tidak terlalu mengikut perasaan dan jangan membawa masalah keluarga dalam kehidupan luar.
·         Cuba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana program agar dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai.
·         Cuba berkongsi masalah dan cerita dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai agar dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.


KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES MEMBANTU
·         Mendengar setiap kata-kata dan masalah daripada klien.
·         Menasihatinya dan memberi cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


REFLEKSI
Berdasarkan kes di atas, klien sedikit sebanyak menemui celik akal dan menunjukkan
kekuatan kendiri hasil dari proses kaunseling tersebut. Klien menjadikan segala cadangan dan nasihat sebagai penguat serta perangsang semangat. Selain itu, ditambah dengan kerjasama dan keinginan mendalam klien untuk berubah telah menjadikan sesi ini agak berkesan dan mampu mengurangkan masalah emosi klien.



KLIEN KEDUA

TARIKH           
22 Januari 2014

NAMA SAMARAN
Sya

LATAR BELAKANG KLIEN
Sya dilahirkan pada 20 Disember 1995 di Kuala Kangsar, Perak. Dia merupakan anak keempat daripada 6 orang adik beradik. Sya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak susah dan ayahnya bekerja sebagai penoreh getah sementara ibunya hanya seorang surirumah. Kehidupan keluarganya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ayahnya hanya dapat menyara keluarga dengan RM700 sebulan. Sya bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Hussin, Kuala Kangsar dan mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Namun nasib menyebelahinya, walaupun keputusan SPM tidak begitu memuaskan, dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN).

PEMERHATIAN
Sya merupakan seorang gadis yang sangat baik dan peramah. Dia sentiasa ceria dan disenangi oleh rakan-rakannya. Walaupun Sya seorang yang peramah dan ceria, sebenarnya dia mempunyai sifat iri hati dan dengki terhadap orang lain. Dia kurang senang apabila melihat rakan-rakannya yang lain membeli gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan peralatan atau pakaian baru. Sya menyimpan hasrat dan berniat jahat untuk mencuri barang-barang rakannya untuk memuaskan hatinya. Walaupun Sya berkelakuan seperti itu, rakan-rakannya tidak mengesyakinya sedikit pun kerana di mata rakan-rakannya Sya seorang yang baik hati dan berbudi pekerti.

PERNYATAAN MASALAH
Mengikut penceritaan dan pemerhatian, Sya sangat dengki terhadap rakan-rakannya kerana dia tidak mempunyai dan tidak berkesempatan untuk memiliki barang-barang seperti rakan-rakannya peroleh. Tetapi mengapa Sya sanggup mencuri barang-barang rakannya semata-mata hanya untuk memuaskan hatinya? Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Sya sehingga sanggup berkelakuan seperti itu? Mengapa Sya tidak cuba untuk meminta atau bertanya dengan ibu bapanya untuk membelikannya barang yang dia kehendaki?

MASALAH SEBENAR YANG DIKENAL PASTI
Sebenarnya Sya tidak berani untuk meminta-minta sesuatu daripada orang tuanya kerana dikhuatiri  akan dimarah dan permintaannya tidak dilayan. Hal ini demikian kerana keluarga Sya merupakan keluarga yang agak susah dan ayahnya bertungkus-lumus untuk mencari wang menyara kehidupan keluarga. Sya tidak sampai hati untuk meminta daripada ayahnya untuk membelikannya telefon bimbit atau komputer riba serta pakaian baru kerana dia tahu ayahnya pasti akan menolak permintaannya. Selain itu, Sya juga tidak mahu ayahnya bekerja lebih masa hanya untuk mengumpul wang untuk membelikan barang yang diminta. Kesusahan keluarga dan kegawatan ekonomi keluarga Sya membuatkannya berniat untuk mencuri barang rakannya seperti telefon bimbit dan wang.

PELAN TINDAKAN YANG DIAMBIL UNTUK MEMBANTU KLIEN
·         Menasihatinya agar menghentikan segera tindakan mencuri.
·         Memberi cadangan untuk menjalankan jualan kecil-kecilan di asrama tempat Sya belajar sebagai wang sampingan.
·         Menasihatinya agar berjimat cermat dan amalkan sikap menabung.




KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES MEMBANTU
·         Mendengar masalahnya dengan teliti.
·         Memberi beberapa idea untuk menambah duit poket agar tidak hanya bergantung kepada ibu bapa untuk member wang perbelanjaan.
·         Menasihatinya agar menggunakan wang perbelanjaan yang diberi dengan cermat.


REFLEKSI
Sesi kaunseling berjalan dengan lancar dan klien menunjukkan sikap ingin berubah menjadi
individu yang lebih berguna kepada keluarga serta akan berusaha meninggalkan kelakuan buruknya.  Dengan menggunakan kemahiran spiritual, klien sedar bahawa dia juga harus sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarganya kerana setiap usaha harus diiringi dengan doa yang ikhlas kepada Tuhan.



KLIEN KETIGA
TARIKH
26 Januari 2014
NAMA SAMARAN
Hae
LATAR BELAKANG KLIEN
Lahir pada 18 Disember 1995 di Kota Kuala Muda, Kedah. Dibesarkan dalam keluarga yang berada dan ayahnya bekerja sebagai seorang jurutera yang Berjaya. Ibunya pula menguruskan syarikat datuknya yang bertempat di sekitar Alor Setar, Kedah. Hae merupakan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarganya dan segala kemahuannya dipenuhi olaeh orang tuanya. Dia mendapat didikan yang mencukupi dan sentiasa menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Tetapi Hae mempunyai tabiat yang tidak elok dan sikapnya yang kurang ajar terhadap orang lain tidak kira tua atau muda.

PEMERHATIAN
Hae seorang yang bijak tetapi perangainya kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia sering mengganggu kawan lain semasa di kelas. Selain itu, Hae juga kerap kali ponteng kelas dan dia juga berani melawan kata-kata pensyarah. Walaupun dia selalu ponteng ke kelas, keputusan peperiksaannya tidak pernah mengecewakan ibu bapanya. Setiap semester nama Hae akan tersenarai dalam Anugerah Dekan. Tetapi sayang, kebijaksanaan dan reputasi Hae dalam pelajaran telah tercalar disebabkan oleh Hae terjebak dalam aktiviti menghisap ganja di kolej.




PERNYATAAN MASALAH
Hae telah tertangkap oleh pihak kolej kerana dia didapati terjebak dalam aktiviti menghisap ganja bersama rakan-rakannya di kolej kediamannya. Perbuatan Hae telah merosakkan reputasi dan kecemerlangan akademiknya. Persoalannya, bagaimana Hae yang merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik boleh terlibat dalam gejala yang tidak sihat tersebut? Adakah semuanya berpunca daripada pengaruh rakan sebayanya?

MASALAH SEBENAR YANG DIKENAL PASTI
Hae merupakan seorang anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dia mendapat didikan pelajaran yang mencukupi daripada keluarganya tetapi Hae kurang mendapat didikan moral dan agama. Hal ini demikian kerana keluarganya hanya mementingkan hal akademik daripada hal agama dan moral. Semakin Hae meningkat dewasa, perangai dan sikapnya semakin teruk dan kadang-kadang ibu bapanya buntu mencari jalan untuk menasihati dan memperbaiki sikap anaknya. Perangai buruk Hae dibawa sehingga ke universiti. Hae bergaul dengan rakan-rakan yang rendah moralnya dan akhirnya terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk menghisap ganja. Pada mulanya Hae agak takut untuk mencuba ganja tersebut tetapi setelah mencuba untuk pertama kali, dia berasa seronok dan ketagih dengan ganja tersebut. Sekarang Hae masih dibawah penyiasatan kolej dan ditahan untuk menghadiri mana-mana program yang melibatkan universiti tersebut.

PELAN TINDAKAN YANG DIAMBIL UNTUK MEMBANTU KLIEN
·         Memberi kata-kata semangat agar tabah dan sabar menerima dugaan tersebut.
·         Menasihatinya agar cepat bertaubat dan meminta maaf kepada ibu bapa dan atas segala kesalahan yang dilakukan.




KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES MEMBANTU
·         Menjadi pendengar yang setia.
·         Menasihati klien agar bersabar dan segera mengubah perangai kepada yang lebih baik.
·         Memberi cadangan yang dapat meringankan bebannya untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


REFLEKSI
Setelah diberikan bimbingan klien berasa senang dan lega kerana masalah yang dihadapinya sedikit demi sedikit dapat diringankan. Meskipun pada awalnya, klien agak ragu-ragu dengan bantuan yang disarankan tetapi lama-kelamaan dia dapat menerimanya. Sesi kaunseling kelihatan lebih berjaya apabila klien menanam cita-cita untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah setelah dia bebas daripada penahanan kolej.



Wednesday, March 5, 2014

RAGAM DAN GAYA BAHASA MELAYU

RAGAM DAN GAYA BAHASA MELAYU

1.0  Pengenalan
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 152.
Pandangan sarwa mengandaikan bahasa Melayu merupakan aset negara yang begitu bernilai ekoran daripada peranannya yang melambangkan identiti bangsa dan negara Malaysia. Jika ditelusuri, bahasa Melayu memainkan peranan yang begitu penting dalam mencapai aspirasi negara yang mendambakan kemajuan bahasa seiring dengan kemodenan arus pembangunan. “Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas” merupakan peribahasa yang sering meniti dibibir masyarakat apabila membicarakan hal berkaitan dengan bahasa Melayu kerana masyarakat konvensional menginginkan martabat bahasa Melayu sentiasa dijulang dan diguna sepanjang zaman.
Relevan dengan kehendak zaman, seantero dunia mendambakan bahasa rasmi negara menjadi gah dipersada dunia dan menjadi salah sebuah bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris yang digunakan di seluruh pelosok dunia tidak kiralah dalam hal pentadbiran mahupun komunikasi. Rentetan daripada senario tersebut negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam membina hasrat untuk memartabatkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang unggul setanding dengan bahasa Inggeris dan seterusnya diguna pakai di peringkat antarabangsa. Maka, negara menggalakkan masyarakat untuk meluaskan horizon pemikiran dan menggunakan pelbagai inisiatif untuk terus mempelajari dan mengkaji hal berkaitan bahasa Melayu seperti mempelajari ragam dan gaya bahasa Melayu yang begitu sinonim dalam pengajian Melayu.      

2.0  Konsep Ragam Bahasa
Ragam Bahasa Melayu merupakan ciri–ciri gaya penceritaan istimewa yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri–ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik–baik membaca ayat pertama. Sebagai contoh, permulaan ayat yang bermula dengan ‘alkisah’ atau ‘pada suatu zaman dahulu’, jelas menunjukkan bahawa pengarang ingin menyampaikan sebuah cerita klasik. 
            Menurut Asmah Haji Omar (1987:47) menjelaskan ragam bahasa didasarkan kepada ciri–ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Manakala Bachman (1990) mendefinisikan ragam bahasa sebagai variasi bahasa menurut pemakaian, yang berbeza–beza, topik yang dibicarakan, hubungan pembicara, kawan bicara dan orang yang dibicarakan serta medium pembicara.
Ragam bahasa adalah variasi bahasa yang berasaskan pemakaian atau penggunaannya, terutamanya yang berkaitan dengan konteks dan situasi yang tertentu. Nik Safiah Karim et al. (1996:31) menyatakan bahawa Za’ba, dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu, membincangkan ragam bahasa dalam dua bab iaitu gaya cakap mulut yang bererti bahasa Melayu lisan dan gaya surat iaitu bahasa Melayu tulisan. Ragam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada ragam bahasa formal dan tidak formal.
2.1 Konsep Bahasa Formal
Ragam bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti urusan surat–menyurat, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan semasa bertutur dengan orang yang lebih tinggi pangkat atau statusnya. Jika ditelusuri, bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya.
Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat serta hormat dalam konteks formal. Sebagai contoh, “Awak sangat degil. Saya telah berkali–kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana”. Contoh tersebut jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut mementingkan aspek–aspek intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahsa.
Pasti muncul pelbagai soalan dikotak fikiran masyarakat bahawa adakah bahasa formal persis dengan bahasa rasmi? Sebenarnya, bahasa rasmi dan bahasa formal merupakan suatu perkara yang berbeza. Bahasa rasmi menyatakan  taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu juga memerlukan intonasi yang sempurna dan bersesuaian dengan konteks. Terdapat dua contoh yang tergolong dalam bahasa formal iaitu bahasa baku dan bahasa istana.
2.1.1 Bahasa Baku
Bahasa baku ialah variasi bahasa yang digunakan untuk berhubung apabila penutur pelbagai dialek berkumpul. Mengikut sejarah, variasi bahasa Melayu baku diambil berasaskan dialek bahasa Johor Riau ekoran daripada penggunaannya yang lebih meluas berbanding dialek lain. Bahasa baku menjadi dasar atau kriteria untuk menentukan ketepatan bahasa yang digunakan dan juga diistilahkan sebagai bahasa standard. Di samping itu, bahasa baku digunakan dalam urusan rasmi seperti pendidikan, pentadbiran, kesusasteraan dan penulisan.

2.1.2 Bahasa Istana
Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja dan apabila menyebut hal ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini walaupun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.
            Bahasa istana mungkin berasal daripada bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada dan bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.
            Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu seperti “Nyōbō kotoba” iaitu sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa dan banyak lagi termasuklah bahasa Inggeris.


3.0  Bahasa Tidak Formal
Bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan seharian, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Selain itu, bahasa yang tidak formal juga ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya.
Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur–unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam bahasa Melayu tidak formal. Sebenarnya percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memberikan suatu kesan tertentu. Misalnya, “I suka menggunakan computer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan kerja–kerja pejabat I yang bertimbun–timbun.” Terdapat beberapa contoh yang tergolong dalam bahasa tidak formal iaitu bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa halus.

3.1 Bahasa Basahan
Jika ditelusuri, bahasa basahan juga dikenali sebagai bahasa kolokial. Pendeta Za’ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa ini juga merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan iaitu dari aspek perkataan berbeza untuk makna yang serupa. Misalnya, perkataan ‘mengapa’ digunakan untuk bahasa baku manakala perkataan ‘kenapa’ digunakan sebagai bahasa basahan. Perbezaan yang kedua ialah dari aspek bentuk kependekan dan hal ini dapat dilihat dari perkataan ‘hendak’ dalam bahasa baku manakala perkataan ‘nak’ digunakan dalam bahasa basahan. Seterusnya, perbezaan perubahan bunyi yang jelas didengar apabila menuturkan bahasa basahan dan bahasa baku. Sebagai contoh, perkataan yang digunakan dalam bahasa baku ialah ‘ambil’ manakala dalam bahasa basahan pula ialah ‘ambik’.

3.2 Bahasa Pasar
Bahasa pasar ialah bahasa asimilasi antara bahasa Melayu dengan bahasa–bahasa bukan Melayu dan pelat penyebutannya dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Selain itu, bahasa ini juga dianggap tidak gramatis kerana mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Sebagai contoh, penggunaan perkataan ‘gua’ untuk menggantikan ‘saya’ dan menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat seperti ‘banyak cantik’. Seterusnya, bahasa pasar juga sering menggunakan perkataan ‘punya’ seperti ‘apa punya budak’.  

3.3 Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat dan umur serta keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Sebenarnya, bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat–menyurat apabila kata–kata yang sopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan aspek yang penting ekoran daripada pengggunaan perkataan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Misalnya, perkataan buang air besar, berbulan madu dan berbadan dua.     

3.4 Perbezaan antara Bahasa Formal danTidak Formal
Terdapat banyak perbezaan di antara bahasa formal dan tidak formal. Bahasa formal dan tidak formal ini bertentangan dalam kebanyakan hal. Kedua–dua ragam bahasa ini dapat ditinjau daripada beberapa aspek.

3.4.1 Ganti Nama
Bahasa formal tidak menggunakan nama sendiri untuk menggantikan saya. Sebagai contoh, “Saya tidak mahu ke bandar seorang diri.” Manakala dalam bahasa tidak formal, nama sendiri digunakan bagi ganti nama orang pertama. Kadang kala ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’ digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya, “Imah tak mau ke bandar sorang–sorang.”

3.4.2 Penggunaan Gelaran
Penggunaan kata gelaran dalam bahasa formal digunakan selengkap–lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan gelaran nama profesion seperti Dr., Inspektor, Cikgu dan sebagainya akan digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal. Misalnya, “Encik tinggal dengan siapa? Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?”. Manakala tidak terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan dalam bahasa tidak formal. Contohnya, “Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang–sorang?”

3.4.3 Unsur Kependekan
Bahasa formal menggunakan unsur–unsur yang lebih lengkap dan sempurna, manakala bahasa tidak formal sering menggunakan unsur kependekan. Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa formal ialah “Saya tinggal di Petaling Jaya. Di sini ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam keperluan.” Ayat bahasa tidak formal pula ialah “Makcik tinggal di P.J. kan! Kat sini ada pasar malam! Kita boleh beli macam–macam kan!”

3.4.4 Unsur ‘lah’
Bahasa formal akan berbunyi janggal dengan penggunaan ‘lah’. Misalnya, “Saya tidak peduli berapa set saya perlu bermain, yang penting saya mesti menang.” Unsur ‘lah’ sering timbul dalam bahasa tidak formal, malah ini merupakan suatu  penanda mesra yang agak jelas. Sebagai contoh, “Saya tidak kisahlah, tiga set pun tak kisahlah, saya kira mesti menang sajalah.”

3.4.5 Percampuran Kod
Percampuran kod, atau umumnya penggunaan kata–kata daripada bahasa lain seperti Cina, Arab dan India semasa bertutur juga menunjukkan bahasa itu lebih mesra dan tidak bersifat formal. Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa formal adalah seperti “Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat PIBG.”, manakala ayat dalam bahasa tidak formal ialah “I tak boleh ambek anak I from school hari ni. I ada PTA meeting.”

3.4.6 Intonasi
Intonasi bahasa mesra, oleh sebab mengiringi ungkapan–ungkapan yang lebih pendek, selalunya tidaklah memberi pola sepenuhnya. Pola–pola bahasa formal akan lebih lengkap dan menggambarkan dengan jelas pola–pola tertentu seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru dan lain–lain. Hal ini merupakan aspek yang kurang dihuraikan dalam bahasa kita untuk digambarkan dengan lengkap di sini.


4.0 Konsep Gaya Bahasa
Kamus Linguistik (1997:83) mendefinisikan gaya bahasa sebagai penggunaan bahasa seseorang dalam pertuturan atau penulisan dengan penggunaan ragam tertentu dalam bahasa tulisan secara sengaja untuk menimbulkan kesan tertentu atau ciri penggunaan bahasa sekelompok penulis. Menurut Kridalaksana (1984:57) pula menjelaskan gaya bahasa ialah pemanfaatan atas kekayaan bahasa oleh seseorang dalam bertutur atau menulis.  Maksud lain ialah pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh efek-efek tertentu.
Bagi maksud gaya bahasa, Umar Junus (2010) menghuraikannya sebagai cara menyatakan sesuatu yang lain daripada biasa tanpa kelainan makna.  Menurut Rahman Shaari (1993) pula, gaya bahasa terhasil melalui tulisan.  Jika penulis tidak mampu memilih cara yang sesuai untuk menyampaikan fikirannya, maka karya itu dikategorikan sebagai tidak bergaya.  Menurut beliau lagi, adalah mustahil seseorang itu menulis sebuah karangan tidak menggunakan ayat transformasi.
Menurut Maniyamin Hj Ibrahim (2006:38) pula menjelaskan bahawa gaya bahasa terbit daripada usaha penulis memanipulasi bahasa yang sedia ada. Tujuan manipulasi bahasa dilakukan adalah untuk  mencari perkataan atau ungkapan atau frasa yang serasi dengan mesej di samping menghasilkan keindahan bunyi perkataan atau ungkapan atau frasa dalam karya dan menimbulkan kesegaran dan keberkesanan karya kepada pembaca atau pendengar.
Jika ditelusuri, terdapat pelbagai jenis gaya bahasa yang wujud dan digunakan dalam penulisan karangan dan puisi. Antara gaya bahasa tersebut ialah simpulan bahasa, perumpaan, bidalan, metafora dan hiperbola serta personifikasi.

4.1 Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap. Selain itu, mengandungi juga maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa merupakan gaya bahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan dan mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, ‘akal panjang’ yang memberi maksud seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea, ‘bau–bau bacang’ iaitu pertalian keluarga yang jauh dan ‘muka tembok’ membawa maksud seseorang yang tidak tahu malu.

4.2 Perumpamaan  
Perumpamaan merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya. Pada umumnya, perumpamaan menggunakan kata–kata bandingan iaitu bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Misalnya, ‘seperti anjing dengan kucing’ yang membawa maksud dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu. Contoh  yang lain ialah ‘bagai tikus membaiki labu’ yang bermaksud merosakkan lagi barang yang dibaikinya.

4.3 Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu dan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. Ciri–ciri yang membezakan bidalan dan pepatah ialah bidalan mengandungi perkataan jangan, hendaklah, usah, biar dan ingat. Contoh bidalan seperti ‘jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak’ yang bermaksud semakin kaya semakin sombong. Contoh seterusnya pula ialah ‘baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang’ yang membawa maksud kita hendaklah merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki dan bukan menjadi sombong.

4.4 Metafora
Metafora ialah gabungan daripada dua kata iaitu ‘meta’ bermaksud memindahkan dan ‘pherein’ yang bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani dan biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Ab. Kadir, 2005: 360-361). Sebagai contohnya ialah peti kenangan dan lipatan ingatan.

4.5 Hiperbola
Hiperbola ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini terbina melalui gabungan perkataan ‘hyper’ yang bermaksud melebihi dan ‘ballien’ yang bererti luahkan atau keluarkan. Hiperbola merupakan salah satu daripada kelompok gaya bahasa pertentangan iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih–lebihan atau secara melampau waima dari segi jumlah, ukuran dan sifatnya. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan maksud terhadap sesuatu perkara atau situasi demi memperhebat, meningkatkan kesan dan pengaruhnya (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 347-349).

4.6 Personifikasi
Perkataan personifikasi berasal daripada bahasa Latin. Perkataan ini merupakan cantuman dua perkataan iaitu ‘persona’ dan ‘fic’. Perkataan ‘persona’ bermaksud orang, pelaku, atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama. Manakala ‘fic’ ialah perkataan yang bererti membuat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005:368). Perkataan personifikasi itu dikaitkan dengan segala sifat yang dimiliki oleh manusia bagi segala macam benda yang tidak bernyawa.
            Maka, personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan iaitu penginsanan atau pemberian ciri–ciri peribadi orang atau sifat–sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh–tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak. Contohnya seperti ‘cahaya di sebalik kabus yang sentiasa member harapan’, ‘cuaca yang begitu dingin menggigit’ dan ‘senja merangkak tua’.


5.0 Kesimpulan  
Konklusinya, ragam dan gaya bahasa Melayu merupakan simbiosis dalam bahasa Melayu yang tidak boleh dinafikan kewujudan dan kehebatannya dalam melahirkan sebuah bahasa yang begitu indah ekoran daripada fungsinya yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, persefahaman antara masyarakat konvensional amat penting dan mereka harus berganding bahu membina impian masa depan bahasa Melayu dengan mengkaji dan mempelajari ragam dan gaya bahasa Melayu sekaligus memartabatkan bahasa kebangsaan kerana masyarakat merupakan mekanisme kawalan yang menggerakkan sesuatu pelaksanaan agar bahasa Melayu dijulang oleh masyarakat seantero dunia.
Adalah diharapkan pihak berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka memelihara dan memantau serta lebih prihatin terhadap masalah–masalah atau kekeliruan yang timbul berkaitan dengan bahasa Melayu kerana tanpa pemantauan dan sikap prihatin pihak berwajib, penggunaan bahasa Melayu dikhuatiri akan disalahgunakan dan dipermain-mainkan oleh golongan masyarakat yang senteng akal dan rendah moralnya. Jika masyarakat hanya menopang dagu dan memandang enteng terhadap kepentingan bahasa Melayu, kemungkinan besar bahasa kebangsaan Malaysia akan lenyap dan hapus ditelan zaman. Oleh itu, kita tidak mahu bahasa kebangsaan hancur maruah dan keunggulannya kerana bahasa melambangkan identiti serta kemegahan sesebuah negara sehingga seluruh dunia berasa cemburu terhadap kejayaan dan kemajuan bahasa dan bangsa yang dikecapi oleh negara Malaysia.


Bibliografi
Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei–esei lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bahasa istana. Diperoleh pada Ogos 24, 2013 daripada http://jombelajar-skfskf.blogspot.com/2011/01/bahasa-istana.html
Charles Ng Hon Yen (2006). Bahasa Melayu SPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fitriyana Anuar (2012). Bahasa kiasan. Diperoleh pada Ogos 24, 2013 daripada http://yanalongnaa.blogspot.com/2012/05/kiasan-assalamualaikum.html
Nik Safiah Karim (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nurul Nazira (2013). Retorik dan gaya bahasa. Diperoleh pada Ogos 26, 2013 daripada http://karyaagungmelayu2013.blogspot.com/2013/04/retorik-dan-gaya-bahasa-melayu-klasik.html
Razali Ayob (2012). Bahasa Melayu penguasaan dan penggunaaan. Tanjong Malim: Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Yahya Othman (2012). Penggunaan gaya bahasa dalam penulisan. Diperoleh pada Ogos 26, 2013 daripada http://yahyaothman.blogspot.com/2012/05/penggunaan-gaya-bahasa-dalam-penulisan.html

Sunday, March 2, 2014

Concept of Nuclear Chemistry and Food Irridiation

CONCEPT OF NUCLEAR CHEMISTRY
download (1).jpgNuclear chemistry is the subfield of chemistry dealing with radioactivity, nuclear processes and nuclear properties. It is the chemistry of radioactive elements which are designed to perform nuclear processes. This includes the corrosion of surfaces and the behavior under conditions of both normal and abnormal operation (such as during an accident).
images (5).jpgIt includes the study of the chemical effects resulting from the absorption of radiation within living animals, plants, and other materials. The radiation chemistry controls much of radiation biology as radiation has an effect on living things at the molecular scale, to explain it another way the radiation alters the biochemicals within an organism, the alteration of the biomolecules then changes the chemistry which occurs within the organism, this change in biochemistry then can lead to a biological outcome. As a result nuclear chemistry greatly assists the understanding of medical treatments (such as cancer radiotherapy) and has enabled these treatments to improve.
It includes the study of the production and use of radioactive sources for a range of processes. These include radiotherapy in medical applications; the use of radioactive tracers within industry, science and the environment; and the use of radiation to modify materials such as polymers. It also includes the study and use of nuclear processes in non-radioactive areas of human activity.









CONCEPT OF FOOD IRRADIATION
images (2).jpgFood Irradiation is the application of radiation, in the form of ionizing energy, to foods. Irradiation is a process by which foods are exposed to as much as 3,000,000 rads of radiation in order to kill insects and bacteria and extend shelf life. These doses are millions times greater than that or an ordinary chest X-ray (which is approximately 20 millirad). Irradiated foods do not become radioactive themselves but some of their cells are altered by the radiation.
The food irradiation process uses three types of ionizing radiation sources:
c)     x-ray accelerators
a)     Cobalt 60 Gamma Sources
download.jpgCobalt-60 emits ionizing radiation in the form of intense gamma rays. Gamma facilities" store it in stainless steel capsules (like "pencils" of cobalt), in underwater tanks. Cesium-137 is a gamma source that is also used for irradiation. Cesium-137 has a less penetrating gamma beam and a longer half-life, making it more suitable under certain circumstances.
b)     Electron Beam Generators
Electron beam facilities generate e-beams with an electron beam linear accelerator. (It works on the same principle as a television tube.) The electrons are concentrated and accelerated to 99% of the speed of light and energies of up to 10 MeV.

c)     X-Ray Accelerators


X-ray facilities use an electron beam accelerator to target electrons on a metal plate. Although some energy is absorbed, the rest is converted to X-rays. Like gamma rays, X-rays are penetrating, and can be used on food boxes 15 inches thick or more. This allows food to be processed in a shipping container.